Search This Blog

Tuesday, June 15, 2010




promosi menjual 'hanfone' .. dan aksessori .. untuk 'handfone' kesayangan anda ..
semuanye ada disini .. harga boleh tawar menawar . menpuyai beberapa pilihan pelbagai jenis telefone .. termasuk dari semua jenama ..
terima kasih kerana menbaca .. assalamualaikum ..

Monday, June 14, 2010


Segmen persembahan memang hebat!

Oleh Rozdan Mazalan
Penonton yang berada dalam arena puas dengan aksi mantap semua artis

BAHANG persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Harian Berita Harian 2009 (ABPBH2009) memang cukup dirasai oleh kebanyakan penonton yang hadir sendiri dalam Arena of Stars Genting Highland, Ahad lalu.

Mereka bukan sekadar hendak melihat siapa pemenang 16 kategori dalam ABPBH2009 itu tetapi juga mahu merasai sendiri pengalaman dihiburkan oleh barisan artis yang dipilih membuat persembahan pada anugerah ini.

Walaupun ia memang disiarkan secara terus menerusi TV3 selain boleh diikuti daripada radio rasmi ABPBH2009, Hot FM, tetapi merasai sendiri suasana itu dengan secara langsung memang menghadirkan pengalaman cukup berbeza.

Beberapa penonton yang ditemui mengakui mereka mengagumi segmen persembahan yang bertenaga, unik dan mempunyai aura pentas.

Persembahan keseluruhan di bawah pimpinan Ramli MS cukup unik, terutama dengan gabungan pelbagai penyanyi dan era seperti yang disaksikan bermula dengan persembahan pembukaan daripada Bunkface bersama Faizal Tahir, gandingan One Nation Emcees dan Datuk M Daud Kilau, Adam dan Stacy, Aliyah, Dayang Nurfaizah dan Datuk Khatijah Ibrahim, Rabbani, Hijjaz dan Raihan sehinggalah kepada gabungan Wings, Jaclyn dan Black.

Bagi Aimi Azraf, 26 keterujaan untuk menyaksikan penganjuran ABPBH setiap tahun disebabkan segmen persembahan yang dinantikan bukan saja dirinya tetapi semua penonton.

“Ini adalah kali keempat saya menyaksikan ABPBH di Genting Highlands. Pertama kali menyaksikan dulu, saya cukup kagum dengan segmen persembahan setiap tahun yang semakin kreatif.

“Semua orang meyakini kehebatan pemuzik di bawah pimpinan Ramli MS tetapi apa yang ingin disaksikan adalah kreativiti dari sudut persembahan, lagu, artis dan banyak lagi.

“Jika berpeluang lagi, saya akan menghadiri ABPBH akan datang dan ingin jadikan ia sebagai agenda saya setiap tahun bersama isteri dan keluarga,” katanya yang hadir bersama isteri Nor Akmarina Mohd Yusuf.

Shazliane Stomo, 22 berkata, selain bersemangat dapat melihat artis secara dekat ketika mereka melalui permaidani merah, keterujaannya juga didorong untuk melihat keseluruhan persembahan pada malam kemuncak ABPBH.

“Tahun lalu saya dapat menyaksikan persembahan yang cukup bertenaga oleh semua artis dan tahun ini persembahannya lebih terbaik dari tahun lalu.

“Saya cukup bersemangat apabila menyaksikan persembahan penutup yang cukup hebat daripada Wings, Jaclyn Victor dan Black,” katanya.

Sementara itu, Salsabila Mohd Rozaini, 14 yang datang dari Sungai Petani, Kedah berkata, pertama kali menyaksikan kehebatan penganjuran majlis berprestij ABPBH membuatkan dirinya ingin mencari peluang memasuki BIBH tahun depan.

“Saya dapat rasakan betapa hebatnya apabila saya dapat menjejaki kaki di pentas ABPBH. Apabila melihat artis yang menang naik ke pentas itu saya rasa bangga dan berangan untuk berada diatas sana.

“Saya nekad untuk memasuki BIBH tahun depan dan cuba membuat yang terbaik agar suatu hari nanti saya akan dapat berada di pentas seperti pemenang BIBH tahun ini,” katanya.